X

Kindly register in order to view this article
!

Jumaat | 01 Julai 2022

Cameroon mara pusingan kalah mati Piala Negara-negara Afrika

Vincent Aboubakar meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Ethiopia 4-1 di Stadium d’Olembe, Yaounde hari ini.
A
A

TUAN rumah Piala Negara-negara Afrika, Cameroon muncul pasukan pertama mara ke pusingan kalah mati kejohanan itu selepas membelasah Ethiopia 4-1 di Stadium d’Olembe, Yaounde hari ini.

Aksi di antara Indomitable Lions dan Walias itu juga merupakan aksi yang paling rancak dalam saingan tersebut selepas pusingan pertama peringkat kumpulan menyaksikan hanya 12 gol dijaringkan dalam 12 perlawanan yang mana empat daripadanya menerusi penalti.

Pada perlawanan tersebut, Ethiopia terlebih dahulu membuka jaringan melalui Dawa Hotessa Dukule pada minit keempat sebelum Karl Toko Ekambi menyamakan kedudukan empat minit kemudian yang menyaksikan keputusan 1-1 kekal hingga tamat wisel separuh masa pertama.

Memasuki babak kedua, tonggak serangan Cameroon, Vincent AbouBakar meledak dua gol di pada awal babak kedua sebelum Ekambi melengkapkan kemenangan 4-1 buat pasukan kendalian Toni Conceicao.

"Kami beraksi dengan baik apabila menyerang tetapi pertahanan perlu menunjukkan peningkatan.

“Ini kerana aksi seterusnya ini sudah tentu akan lebih sukar buat kami berbanding apa yang dilalui sebelum ini,” kata Toni.

Cameroon kini berada di puncak kumpulan A dengan berkelebihan tiga mata mengatasi Burkina Faso yang turut menang 1-0 ke atas Cape Verde menerusi gol tunggal, Hassane Bande.

Bagi Ethiopia yang juara edisi 1962, pasukan tersebut dilihat masih tercari-cari mata dan kemenangan pertama pada kejohanan tersebut.

Untuk rekod, ini adalah penampilan ketiga mereka di pusingan akhir namun gagal meraih sebarang kemenangan dalam 10 perlawanan terakhir.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!