X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 27 Jun 2022

QSRT lancar stok makanan baharu

Tiga perisa Haco Suiss iaitu stok ayam, sup udang galah dan sup berperisa daging.
A
A

QSR Trading Sdn Bhd (QSRT), salah satu saluran pemasaran dan perdagangan di bawah QSR Brands melancarkan produk terbaharu Haco Suiss ‘Culinary Dry Mix’ iaitu keluaran Haco Asia Pacific Sdn Bhd (Haco Asia).

Pengurus Besar QSR Trading Sdn Bhd, Chan Chong Thye berkata, Haco Suiss ‘Culinary Dry Mix’ ialah satu inovasi dihasilkan untuk meningkatkan keseronokan memasak di rumah dengan cara mudah, fleksibel dan pelbagai guna.

Menurutnya, produk itu diadun daripada bahan-bahan segar, lazat, berkualiti dan sihat yang dapat meningkatkan rasa masakan di rumah.

“Haco Suiss merupakan pengeluar makanan premium terkemuka di Switzerland, sejak tahun 1922 telah menghasilkan ‘Culinary Dry Mix’ iaitu stok masakan yang terdapat dalam tiga perisa iaitu stok ayam, daging lembu dan sup udang karang.

Penggunaan stok makanan Haco Suiss menambahkan rasa istimewa dalam sesuatu masakan.
Penggunaan stok makanan Haco Suiss menambahkan rasa istimewa dalam sesuatu masakan.

“Stok masakan ini merupakan pilihan yang lebih sihat kerana tidak mengandungi bahan-bahan seperti MSG, lemak trans, pengawet tambahan serta pewarna tiruan,” katanya dalam satu kenyataan.

Chong Thye berkata, stok masakan Haco Suiss diperbuat sepenuhnya daripada bahan-bahan asas segar, berkualiti dan mudah untuk digunakan dalam masakan serta mempunyai kesesuaian untuk pelbagai olahan hidangan.

“Sejak tahun 1922 lagi, Haco Suiss secara konsisten menghasilkan produk pilihan premium, berkualiti dan lebih sihat di pasaran kerana peka serta berinovasi di dalam memenuhi keperluan dan keinginan pengguna setia mereka,” katanya.

Sementara itu, Chong Thye berkata, sup udang karang merupakan pertama dan satu-satunya produk seumpamanya di pasaran runcit di Malaysia.

Katanya, produk itu telah menerima Anugerah Inovasi Masakan 2021 oleh Persatuan Ahli Kulinari Profesional Malaysia.

Lobster roll.
Lobster roll.

Harga jualan bagi stok ayam Haco Suiss 100 gram (g) ialah ialah RM5.90 sebungkus, sementara harga bagi stok berperisa daging lembu Haco Suiss 80 g dan sup udang karang 60g, masing-masing berharga RM6.30 sebungkus.

Produk Haco Suiss ‘Culinary Dry Mix’ boleh didapati di pasar raya besar atau sederhana, serta melalui platform atas talian, Shopee dan Lazada mulai bulan ini.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!