Nyaris sesat ketika mendaki di Bukit Broga

Lelaki berkenaan berjaya ditemukan anggota bomba selepas nyaris sesat ketika mendaki Bukit Broga pada Khamis.
Lelaki berkenaan berjaya ditemukan anggota bomba selepas nyaris sesat ketika mendaki Bukit Broga pada Khamis.
A
A
A
SEMENYIH - Seorang lelaki nyaris tersesat ketika mendaki di kawasan Bukit Broga di sini pada awal pagi Khamis.

Pengarah Bomba Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 7.18 pagi.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Semenyih dikejarkan ke lokasi kejadian dan tiba kira-kira jam 7.30 pagi.

"Usaha mencari mangsa yang berumur 26 tahun tersebut dijalankan oleh pihak bomba," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Beliau berkata, mangsa berjaya ditemukan kira-kira 500 meter dari pintu masuk ke Bukit Broga.
Artikel Berkaitan:


"Mangsa berjaya ditemui kira-kira jam 8.10 pagi oleh bomba dan dalam keadaan selamat," katanya.