Taman tema air Legoland tutup, pekerja positif Covid-19

Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) menutup sementara taman airnya bermula Rabu hingga 21 Januari ini.
Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) menutup sementara taman airnya bermula Rabu hingga 21 Januari ini.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Taman tema Legoland Malaysia Resort (Legoland) menutup sementara taman airnya bermula Rabu hingga 21 Januari ini.

Legoland dalam satu kenyataan berkata, penutupan taman air itu dibuat sebagai langkah berjaga-jaga susulan beberapa kakitangannya disahkan positif Covid-19 semasa pemeriksaan rutin yang dijalankan.

"Keputusan proaktif ini diambil untuk memastikan kesihatan dan keselamatan pengunjung serta kakitangan selain mengekalkan tahap perkhidmatan hospitaliti yang tertinggi.

"Pada masa ini, Taman Tema Legoland, Sea Life dan Hotel Legoland masih kekal dibuka dengan semua langkah kesihatan dan keselamatan yang ketat serta mematuhi prosedur operasi standard (SOP)," menurut kenyataan itu pada Jumaat.

Artikel Berkaitan: