Skuad Prihatin KEDA bersih rumah mangsa banjir di Bentong

Gerakan secara berkumpulan memudahkan agihan tugas para sukarelawan terlibat.
Gerakan secara berkumpulan memudahkan agihan tugas para sukarelawan terlibat.
A
A
A

Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) mengambil langkah proaktif menggerakkan skuad sukarelawan KEDA dan bersamasama Kementerian Pembangunan Luar Bandar serta agensinya bagi membantu mangsa terjejas akibat banjir di Bentong, Pahang, baru-baru ini.

KAMARUDIN
KAMARUDIN

Pengurus Besar KEDA, Kamarudin Abd Akib berkata, skuad sukarelawan yang diaktifkan dengan nama Skuad Prihatin KEDA itu disertai oleh 30 warga kerja KEDA dalam misi kali ini.

Artikel Berkaitan:

Semua sukarelawan diberi taklimat dan pembahagian kumpulan sebelum bergerak membersihkan kediaman mangsa banjir.
Semua sukarelawan diberi taklimat dan pembahagian kumpulan sebelum bergerak membersihkan kediaman mangsa banjir.

Menurutnya, skuad berkenaan turun padang membantu membersihkan rumah dan menyisihbersihkan barangan serta perkakasan mangsa-mangsa banjir.

Sukarelawan KEDA membantu membersihkan perkakasan yang ditenggelami air banjir.
Sukarelawan KEDA membantu membersihkan perkakasan yang ditenggelami air banjir.

“Sebelum ini, KEDA menerusi Kolej KEDA turut menghantar skuad sukarelawan yang terdiri daripada pelajar dan staf ke misi bantuan banjir di dua lokasi di Selangor.

Sukarelawan dan mangsa banjir sama-sama membersihkan perkakasan rumah yang masih boleh digunakan.
Sukarelawan dan mangsa banjir sama-sama membersihkan perkakasan rumah yang masih boleh digunakan.

“Saya berharap kehadiran skuad kami ini dapat membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung oleh mangsa banjir di sini,” katanya kepada Sinar Harian.

Kamarudin (tengah) menyampaikan sumbangan set telekung kepada jawatankuasa masjid.
Kamarudin (tengah) menyampaikan sumbangan set telekung kepada jawatankuasa masjid.

Pada program sama, beliau turut meyampaikan sumbangan 100 set telekung kepada pengerusi masjid di kawasan berkenaan untuk diagihkan kepada penduduk setempat yang memerlukan.

Sementara itu, Muhammad Zulfahmie Che Mat, 32, berkata, dia terpanggil untuk menyertai misi berkenaan apabila melihat kesukaran yang dialami mangsa-mangsa banjir untuk kembali meneruskan kehidupan.

MUHAMMAD ZULFAHMIE
MUHAMMAD ZULFAHMIE

“Apabila tiba di kawasan bencana, saya sangat terkejut melihat keadaan mereka di depan mata saya sendiri.

“Mereka benar-benar terjejas berbanding apa yang saya bayangkan di fikiran sebelum ini. Saya juga rasa bertuah dapat membantu mereka memulihkan keadaan,” katanya.

No Image Caption