Semakin ramai sudah mula tak ambil kisah SOP

Penerima vaksin hadir bagi mendapatkan suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran.- Foto Bernama
Penerima vaksin hadir bagi mendapatkan suntikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Covid-19 di Dewan Projek Perumahan Rakyat (PPR) Padang Hiliran.- Foto Bernama
A
A
A

IKUT logik, belum masanya untuk kita menghitung hari bila nak raya tetapi ada sebab mengapa cerita ini sengaja ditulis. Sebenarnya, viral ‘tweet’ seseorang berkaitan raya tahun ini yang dikatakan berada dalam mood PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) telah membuatkan Merak Jalanan jadi ‘moody’.

Dua tahun tidak merasa nikmatnya berhari raya, pasti siapa-siapa pun tidak mahu lagi lalui masa sukar ini, memang tak sanggup. Tapi ramai yang lupa kita masih belum menang, Covid-19 masih berleluasa. Lepas satu, satu varian muncul. Mula-mula Delta, kemudian Omicron dan kini muncul pula Deltacron.

Masalahnya, orang kita bila bercakap tentang prosedur operasi standard (SOP) mulalah ramai yang senyum sumbing, mencebik bibir. Alah, benda dah basi buat apa diulang-ulang. Tapi yang basi itulah yang masih tidak menjadi kebiasaan kepada kita untuk patuh dan ikut.

Sabtu lepas, Merak ke Taman Botani Shah Alam. Jam 7.30 pagi terpacak di sana nak regang-regangkan urat, keluarkan peluh. Nyaman rasanya bila berteman bunyi unggas dan mergastua. Berselang satu jam, penuh taman itu dengan manusia, Merak pun cepat-cepat angkat kaki.

Esoknya, ambil peluh pula waktu petang di Elmina Central Park. Masya-ALLAH, terkejut tengok manusia yang ada di sini. Memang padat dan boleh dikatakan dua kali ganda daripada di Taman Botani!

Bayangkan bila seramai itu berada dalam satu kawasan, duduk dekat-dekat, berjalan berselisih bahu, anak-anak dibiarkan bercampur dengan entah siapa, topeng muka pun ramai yang on tak on. Bukan tak boleh beriadah, tapi janganlah sampai timbul pula varian baru - Decepticon!

Artikel Berkaitan: