Lapan wakil rakyat Sabah sertai Bersatu

Pengumuman itu dibuat di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
Pengumuman itu dibuat di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai lapan wakil rakyat Sabah iaitu dua ADUN, empat Ahli Parlimen dan dua Senator sah menyertai Bersatu hari ini.

Mereka ialah ADUN Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor; ADUN Karanaan, Datuk Seri Masidi Manjun; Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Azizah Mohd Dun.

Ahli Parlimen Beluran, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee; Ahli Parlimen Kudat, Datuk Abd Rahim Bakri dan Ahli Parlimen Libaran, Datuk Zakaria Mohd Edris @ Tubau.

Dua lagi ialah Senator Datuk Abdul Ghani Mohamed Yassin dan Senator Datuk John Ambrose.

Kesemua mereka menerima replika kad keahlian daripada Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Menurut Mahathir, terdapat permintaan untuk menyertai Bersatu walaupun parti itu hanya akan dilancarkan di Sabah pada 6 April ini.

Bagaimanapun, katanya, kemasukan Bersatu di Sabah bukan untuk menggantikan Warisan yang merupakan kerajaan di negeri itu.

"Ahli Bersatu di Sabah akan sokong Warisan. Kita tiada niat nak ganti kerajaan Warisan, itu pendirian ahli-ahli Bersatu di Sabah," katanya.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Mahathir mengesahkan Ronald masih kekal sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) walaupun tidak lagi bergelar pembangkang.

"Jawatan Pengerusi PAC dalam kalangan pembangkang hanya polisi PH tetapi tidak termaktub dalam Perlembagaan," katanya.