Bukit Aman siasat kematian OKT di lokap

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR - Unit Siasatan Jenayah Kematian Dalam Tahanan (USJKT) Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman akan menyiasat kes kematian orang kena tuduh (OKT) di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping Perak pada Khamis.

Pengarah JIPS, Datuk Azri Ahmad berkata, pihaknya telah dimaklumkan berkenaan kejadian itu pada jam 11 pagi.

"OKT itu membabitkan seorang lelaki berusia 63 tahun merupakan tahanan tumpang dari Penjara Taiping yang telah dituduh pada 18 April lalu di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"OKT berkenaan telah ditempatkan di lokap IPD Taiping selepas sebutan pertama kes pada Selasa, sementara menanti sebutan seterusnya pada Jumaat," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Artikel Berkaitan: