Tak guna kabel pun: Nadiyah Shahab

Nadiyah Shahab dan Ben Ali - Foto Instagram Nadiyah Shahab
Nadiyah Shahab dan Ben Ali - Foto Instagram Nadiyah Shahab
A
A
A

PELAKON, Nadiyah Shahab mengakui terkilan apabila didakwa menggunakan orang dalam atau bahasa pasar sebagai kabel dalam memasarkan produk makanan berasaskan kek di stesen minyak sejak beberapa bulan lalu.

Katanya sejak awal lagi, suaminya yang juga pelakon, Ben Ali, berjumpa dengan setiap pengusaha stesen minyak untuk mendapatkan kebenaran dalam memasarkan produk mereka.

Malah, mereka juga tidak menggunakan apa-apa kabel untuk membawa masuk kek mereka ke dalam kementerian seperti mana di dakwa sebelum ini.

"Terkilanlah juga sebab kami berusaha sendiri, tapi dituduh guna kabel.

"Mula-mula saya malas nak ambil pusing, tapi dalam masa yang sama, saya bimbang juga.

- Foto Instagram Nadiyah Shahab
- Foto Instagram Nadiyah Shahab

"Bagaimanapun lepas mendapat sokongan daripada ramai pengusaha stesen minyak yang tahu usaha Ben untuk memasarkan kek kami, saya rasa lega.

"Alhamdulillah, follower Instagram dan tempahan kek juga bertambah selepas dakwaan itu dibuat," katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Artikel Berkaitan:

Tambah pelakon yang berasal dari Singapura ini, sekiranya mereka menggunakan orang dalam, pasti perniagaan mereka telah berkembang ke seluruh Malaysia, berbanding kini yang hanya bergerak di sekitar Lembah Klang sahaja.

Katanya, kek tersebut merupakan resipi keluarga dan dia mengupah orang untuk menyiapkan tempahan kek yang diterima.

"Saya tak pandai buat kek, jadi kami upah orang untuk buatkan. Buat masa ini Absolut kek ada dua perisa iaitu coklat dan coklat putih," ujarnya.