Carsome hadiahkan kereta kepada mangsa banjir

Nuarjan bersama kereta yang disumbangkan Carsome pada Selasa.
Nuarjan bersama kereta yang disumbangkan Carsome pada Selasa.
A
A
A

HULU LANGAT - Kesedihan seorang mangsa banjir, Nuarjan Sulaiman, 36, sedikit terubat apabila menerima kereta terpakai disumbangkan oleh Carsome pada Selasa.

Kisah Nuarjan dilaporkan Sinar Harian pada 22 Disember lalu yang sedih apabila kereta jenis Perodua Bezza baru dibeli kira-kira tiga bulan, rosak teruk dalam kejadian banjir di Kampung Sungai Lui, Batu 19 di sini pada 18 Disember.

Menurut Nuarjan, syarikat kereta terpakai itu menghubunginya pada dua minggu lalu dan menyatakan hasrat untuk menyampaikan sumbangan.

Kisah Nuarjan dilaporkan Sinar Harian pada 22 Disember lalu.
Kisah Nuarjan dilaporkan Sinar Harian pada 22 Disember lalu.

"Dua minggu lalu, pihak syarikat berkenaan menghubungi saya untuk membuat temu janji dan menandatangani surat perjanjian.

"Mulanya saya ragu-ragu sebab bimbang ditipu. Jadi perkara itu tidak dihebohkan sehinggalah kereta Proton Saga tersebut dihantar pada Selasa lalu," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Ibu kepada tiga cahayamata itu berkata, dia terharu dengan pemberian tersebut yang boleh digunakan untuk kegunaan ahli keluarganya, sementara Perodua Bezza miliknya dibaiki.

"Terima kasih Carsome yang sudi memberikan kenderaan untuk kegunaan kami sekeluarga. Selepas ini nak ke mana-mana lebih mudah kerana sudah mempunyai kenderaan.

"Harap mana-mana syarikat besar yang mempunyai kemampuan juga boleh melakukan perkara sama membantu ramai mangsa banjir yang turut terkesan," ujarnya.

Berkongsi lanjut, Nuarjan berkata, Perodua Bezza yang rosak sudah dihantar ke pusat servis dan sedang menunggu giliran dibaiki.

Nuarjan
Nuarjan

"Saya tak pasti kereta tersebut boleh digunakan lagi atau tidak kerana setakat dua hari lepas, kereta itu belum diperiksa dan masih menunggu giliran.

"Saya menyediakan sekitar RM10,000 untuk kos pembaikan tersebut. Saya masih berharap kereta ini masih boleh digunakan kerana dibeli hasil titik peluh bersama suami dan masih berhutang dengan pihak bank," katanya.