Tuchel mahu pemain Chelsea beraksi lebih baik di final

Pemain Chelsea, meraikan jaringan tunggal Antonio Rudiger (tiga, kiri) pada perlawanan berkenaan - foto Getty Images
Pemain Chelsea, meraikan jaringan tunggal Antonio Rudiger (tiga, kiri) pada perlawanan berkenaan - foto Getty Images
A
A
A

BIARPUN telah mengesahkan slot ke final Piala Liga, namun pengendali Chelsea Thomas Tuchel tetap menggesa skuad kendaliannya itu untuk beraksi lebih baik berbanding ketika menewaskan Tottenham Hotspurs, pada aksi separuh akhir kedua pada Khamis.

Menurut Tuchel, skuad The Blues itu dilihat beraksi di bawah tahap sebenar pada perlawanan berkenaan dan ia perlu diatasi selepas ini.

“Kami mengawal permainan dan kami juga memiliki banyak peluang namun dalam masa sama, kami seolah-olah bermain dengan ‘api’ pada perlawanan itu.

“Ini kerana pemain dilihat tidak bersungguh-sungguh untuk menambah jaringan setelah selesa dengan bekalan dua gol hasil kemenangan pada aksi separuh akhir pertama, 6 Januari lalu.

“Selain itu, pemain juga dilihat kehilangan fokus selain bersikap terlalu yakin pada perlawanan berkenaan dan kesemua ini tidak boleh berlaku pada aksi final nanti,” katanya.

Untuk rekod kemenangan 1-0 hasil jaringan Antonio Rudiger pada minit ke-18 dilihat sudah cukup memadai untuk mengesahkan The Blues beraksi di final setelah menangan 2-0 pada aksi separuh akhir pertama, 6 Januari lalu.

Chelsea kini hanya menantikan pemenang bagi pertemuan Arsenal dan Liverpool bagi mengesahkan pasukan yang bakal ditentang pada aksi final di Wembley nanti.

Mengulas lanjut, Tuchel berkata, kesemua pemain akan mula menjalani latihan sebagai persiapan berdepan Manchester City bagi saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Katanya, aksi berdepan The Citizens itu juga dilihat penting dalam usaha mengukuhkan kedudukan The Blues.

“Perlawanan ini pasti menjadi tumpuan kerana melibatkan dua pasukan teratas EPL ketika ini.

“Oleh itu, semua pemain perlu bersedia secukupnya untuk berdepan City dan mencatatkan keputusan yang positif,” katanya.