MKT UMNO kekal sokong Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO menegaskan sokongan kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri sentiasa kekal.

Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, bukan sahaja sokongan dikekalkan, malah perlu terus dimantapkan.

"MKT telah memutuskan agar segala kesiapsiagaan dibuat bagi memastikan perjalanan parti berjalan dengan baik.

"Ia termasuk dalam membuat pelbagai program bagi menghadapi pengundi 18 tahun dan pengundi baharu yang jumlahnya sekitar 5.8 juta orang," katanya dalam kenyataan pada malam Rabu.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan berkata, MKT UMNO turut merakamkan terima kasih kepada ahli dan pimpinan parti di semua peringkat yang terlibat sebagai sukarelawan membantu mangsa banjir.

Jelasnya, ia antaranya kakitangan ibu pejabat UMNO, Biro Kebajikan UMNO, Jawatankuasa Penyelaras Bantuan Bencana banjir Barisan Nasional, Skuad Sayang, Skuad Sabil dan sebagainya.

Artikel Berkaitan: