Lelaki maut dalam kebakaran rumah kedai

Keadaan salah sebuah bilik yang musnah dalam kebakaran di bangunan kedai Jalan Datuk Haji Yusoff melalui Jalan Ipoh pada Rabu. - Foto ihsan Bomba KL
Keadaan salah sebuah bilik yang musnah dalam kebakaran di bangunan kedai Jalan Datuk Haji Yusoff melalui Jalan Ipoh pada Rabu. - Foto ihsan Bomba KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki meninggal dunia disyaki sesak nafas dalam satu kejadian kebakaran sebuah bangunan rumah kedai di Jalan Datuk Haji Yusoff melalui Jalan Ipoh pada Rabu.

Kejadian pada jam 5.30 petang itu turut melibatkan 11 lagi mangsa yang terdiri daripada tujuh lelaki dewasa, dua wanita dan dua kanak-kanak.

Kesemua mereka berjaya diselamatkan anggota bomba.

Komander Operasi Kanan Timbalan Penguasa Bomba II Mohd Hafizan Hassan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 5.30 petang.

"Seramai 46 anggota bersama sembilan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Titiwangsa, Hang Tuah, Sri Hartamas, Keramat, Bandar Tun Razak dan Pantai turut ke lokasi kejadian.

"Kebakaran dipercayai berlaku di salah sebuah bilik di tingkat satu bangunan empat tingkat tersebut.

Kebakaran memusnahkan hampir 85 peratus rumah kedai berkenaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurut beliau, seramai sembilan mangsa termasuk mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur manakala selebihnya enggan dihantar ke hospital.

Artikel Berkaitan:

"Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.01 petang dan padam sepenuhnya kira-kira 50 minit kemudian. Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya.