Isu pelarian Rohingya tanggungjawab bersama

Datuk Seri Saifuddin Abdullah - Foto Wisma Putra
Datuk Seri Saifuddin Abdullah - Foto Wisma Putra
A
A
A

PUTRAJAYA - [DIKEMAS KINI] Isu yang timbul daripada pelarian Rohingya di negara ini bukan hanya terletak pada sesebuah kementerian atau agensi, sebaliknya tanggungjawab bersama termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata, beberapa siri perbincangan telah diadakan antara pihak-pihak berkaitan.

"Cuma yang digerakkan oleh kami di Wisma Putra, salah satunya adalah untuk memperkasakan pendidikan mereka.

"Bagi tujuan itu, kementerian akan mendapatkan dana bagi pembiayaan pendidikan. Ia bukan daripada rakyat tetapi dari sumber luar, contoh sekarang ini, paling besar memberi dana adalah Yayasan Qatar," katanya.

Beliau berkata, jika pendidikan tidak diberi perhatian pelbagai masalah lain bakal timbul di masa akan datang.

"Mereka sebenarnya tidak berniat untuk tinggal di negara kita tetapi sebagai persinggahan.

"Jika tidak memudahkan, mereka mungkin akan sukar ke negara ketiga," katanya.

Sementara itu, Saifuddin berkata, sesi Pemukiman Menteri-Menteri Luar ASEAN dijadualkan pada 18 dan 19 Januari ini di Kemboja ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

Artikel Berkaitan:

"Hari ini kita dimaklumkan ia ditangguhkan kerana beberapa menteri luar ASEAN tidak dapat menghadiri atas sebab-sebab tertentu.

"Saya sendiri pun tidak dapat hadir kerana sidang khas Dewan Rakyat pada 20 Januari. Menteri pun kena kuarantin seperti orang lain," katanya.