Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis siasat dakwaan anggota peras ugut warga asing

Perkara itu tular di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang mendakwa anggota polis memeras ugut warga asing.
Perkara itu tular di Twitter selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun yang mendakwa anggota polis memeras ugut warga asing.
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis Sungai Buloh kini sedang menyiasat dakwaan anggota polis memeras ugut warga asing di sebuah pasar raya di Kampung Baru Subang.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar berkata, perkara itu tular di Twitter pada Isnin selepas dimuat naik oleh seorang pemilik akaun laman sosial itu yang mendakwa anggota polis memeras ugut warga asing.

Shafa'aton bagaimanapun memberitahu, masa dan tarikh kejadian tidak dijelaskan dengan tepat.

"Semakan juga dibuat mendapati pemilik akaun telah memadamkan isu tersebut dari laman Twitter miliknya," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Menurutnya, semakan mendapati tiada laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

"Kita memohon orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Buloh," katanya.

Artikel Berkaitan: