X

Kindly register in order to view this article
!

Isnin | 16 Mei 2022

KPLB agih 1,050 kit bantuan di Lipis

Abdul Rahman menyerahkan peralatan memasak kepada salah seorang mangsa banjir di Kawasan Parlimen Lipis.
A
A

SHAH ALAM - Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) terus menyantuni mangsa banjir dengan mengagihkan 1,050 kit bantuan di kawasan Parlimen Lipis.

Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar 1, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, KPLB bersama agensi di bawahnya melaksanakan Inisiatif Bantuan Banjir Keluarga Malaysia pada kadar segera demi meringankan beban mangsa yang terjejas.

“Bantuan yang diagihkan bukan hanya merangkumi barang makanan, peralatan memasak, selimut dan kit penjagaan kesihatan malah ia turut melibatkan kerja pembersihan, membaiki kenderaan dan peralatan elektrik pasca banjir,” katanya semasa Majlis Penyampaian Sumbangan Kit Bantuan Mangsa Banjir di Lipis, Pahang.

Sementara itu, beliau berkata, Majlis Amanah Rakyat (Mara) turut memberi kelonggaran bayaran balik pinjaman pendidikan dan perniagaan serta pengecualian bayaran sewa premis perniagaan kepada mangsa terjejas.

Tambahnya, KPLB juga bekerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dengan peruntukan RM50 juta setiap kementerian untuk Inisiatif Rumah Kasih Keluarga Malaysia bagi membina semula dan membaik pulih rumah mangsa banjir.

“Di bawah inisiatif tersebut, RM15,000 diperuntukkan untuk membaiki rumah, RM56,000 untuk bina semula di Semenanjung dan RM68,000 untuk bina semula di Sabah dan Sarawak.

“Setakat ini KPLB telah mengenal pasti 1,879 unit rumah yang perlu di baik pulih dan 165 buah rumah pula mengalami kerosakan teruk serta perlu dibina baharu di seluruh negara,” jelasnya.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!