Peniaga naik harga: Belum terima aduan, kata KPDNHEP Johor

Pengarah KPDNHEP Johor , Mohd Hairul Anuar Bohro
Pengarah KPDNHEP Johor , Mohd Hairul Anuar Bohro
A
A
A

JOHOR BAHRU - Kementerian Perdaganagan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Johor memaklumkan belum menerima aduan berkaitan penutup mulut dan hidung, setakat hari ini.

Pengarahnya, Mohd Hairul Anuar Bohro berkata, bagaimanapun, pihaknya akan mengambil tindakan tegas sekiranya terdapat pihak menaikkan harga yang tidak munasabah terhadap barangan tersebut.

"Setakat hari ni pihak KPDNHEP Johor belum menerima apa-apa aduan berkaitan penutup mulut dan hidung ini.

"Bagaimanapun, jika ada pihak mengambil kesempatan menaikkan harga yang tidak munasabah, KPDNHEP akan mengambil tindakan tegas di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mohd Hairul Anuar berkata, KPDNHEP hanya mengawal harga lima jenis penutup mulut dan hidung sahaja.

ARTIKEL BERKAITAN: Peniaga jangan ambil kesempatan jual penutup muka: Exco

Terdahulu, Exco Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung berkata, berdasarkan maklumbalas daripada agensi kerajaan dan umum, berlakunya kekurangan penutup hidung dan mulut jenis R95 yang tiada bekalan di banyak tempat.

Menurutnya, ada aduan yang mengatakan sesetengah pihak mengambil kesempatan dengan situasi yang berlaku dengan menjual penutup hidung dan mulut pada harga lebih tinggi.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Hairul Anuar berkata, lima jenis dimaksudkan adalah penutup mulut dan hidung 1-Ply (ear loop); penutup mulut dan hidung 2-Ply (ear loop); penutup mulut dan hidung 3-Ply (ear loop); penutup mulut dan hidung 3-Ply (tie-on) dan penutup mulut dan hidung N95 (ear loop).

"Tiada kawalan harga bagi penutup mulut dan hidung R95," katanya.