Rakan kecewa berita palsu Tarmizi meninggal dunia

Masjid Al Noor, lokasi kejadian yang mengorbankan 40 nyawa dan lebih 20 cedera dalam kejadian jam 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia). - Foto GlobalNews
Masjid Al Noor, lokasi kejadian yang mengorbankan 40 nyawa dan lebih 20 cedera dalam kejadian jam 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia). - Foto GlobalNews
A
A
A

SHAH ALAM - Rakan kepada mangsa yang cedera ditembak pengganas dalam serangan di Masjid Al Noor di Christchurch, New Zealand kesal dengan berita palsu yang mengatakan Mohd Tarmizi Shuib meninggal dunia dalam kejadian itu.

Katanya, penyebaran berita itu disifatkan sebagai tidak bertanggungjawab.

“Tarimizi berada dalam keadaan stabil. Berita yang disebarkan itu amat tidak betanggungjawab.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Saya hanya tahu suami cedera'

“Begitu juga dengan Nazril Hisham Omar. Dia juga stabil,” kata rakan mangsa yang enggan dikenali kepada Sinar Harian.

Sementara itu, beliau berkata, keadaan Rahimi Ahmad masih tidak dapat dipastikan namun cedera.

“Kesemua mereka kini di rawat di Hospital Christchurch,” katanya.

Ketiga-tiga mereka menjadi mangsa pengganas dalam serangan ketika solat Jumaat hari ini.

Artikel Berkaitan:

Anak kepada Mohd Tarmizi setakat laporan ini ditulis masih belum ditemui.

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern mengesahkan sekurang-kurangnya, 40 orang terkorban dalam kejadian itu.

Beliau menyifatkan kejadian tersebut sebagai serangan pengganas.