Pemandu MPV hitam diminta tampil bantu siasatan kemalangan di Dungun

Rakaman CCTV menunjukkan kejadian kemalangan maut melibatkan seorang penghantar makanan yang menaiki sebuah Perodua Myvi berwarna kuning di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di Dungun pada Isnin.

A
A
A

DUNGUN - Pemandu kenderaan pelbagai guna (MPV) berwarna hitam diminta tampil bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut melibatkan seorang penghantar makanan di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam, di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, individu yang memandu MPV jenis Toyota Innova itu diperlukan sebagai saksi kejadian.

Beliau berkata, MPV berkenaan dikesan berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar lokasi kejadian.

"Kita minta kerjasama pemandu MPV tersebut untuk tampil memberikan keterangan selaku saksi kemalangan.

"Kita turut meminta kerjasama orang ramai yang melihat kejadian itu untuk tampil menyalurkan maklumat kepada pihak polis," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Isnin lalu, seorang penghantar makanan, Mohamad Haszaniza Sulong@ Zakaria, 27, maut selepas Perodua Myvi warna kuning yang dipandunya terbabas lalu bertembung dengan sebuah Mercedes Benz.

Keadaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dalam nahas yang berlaku di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di Dungun pada Isnin. (Gambar kecil: Mohamad Haszaniza)
Keadaan Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dalam nahas yang berlaku di Kilometer 91.1, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, berhampiran Air Hitam di Dungun pada Isnin. (Gambar kecil: Mohamad Haszaniza)

Nahas berlaku kira-kira jam 12 tengah hari ketika mangsa dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Terengganu dari Kuantan, Pahang.

Artikel Berkaitan: