Polis kesan kumpulan, individu jual sijil vaksin Covid-19 palsu

Kamarudin
Kamarudin
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia sedang menjalankan risikan dan pemantauan bagi mengesan kumpulan atau individu persendirian yang menjalankan aktiviti penjualan sijil vaksin Covid-19 palsu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman Datuk Kamarudin Md Din berkata, setakat ini, hanya satu kes dikesan berkenaan aktiviti penawaran sijil vaksin palsu.

"Satu tangkapan telah dilakukan di Marang Terengganu berkait penawaran sijil vaksin palsu. Suspek merupakan seorang pengamal perubatan berusia 51 tahun disyaki menjalankan aktiviti penjualan sijil vaksin Covid-19 tanpa memberikan suntikan vaksin sebenar.

"Suspek sedang direman sehingga Rabu untuk membantu siasatan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Kamarudin berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kegiatan itu digesa untuk menyalurkan maklumat tersebut kepada pihak polis.

"Orang ramai boleh menghubungi balai polis berhampiran atau CCID Scam Response Center di talian 03-2610 1559/1599 agar siasatan lanjut dapat dijalankan," katanya.

Artikel Berkaitan: