Rokok seludup RM8.69 juta dirampas di Tawau

PGA rampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki. - Foto FB Batalion 14 PGA Tawau
PGA rampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki. - Foto FB Batalion 14 PGA Tawau
A
A
A

TAWAU - Pasukan Gerakan Am (PGA) merampas 362,600 bungkus rokok seludup dianggarkan bernilai RM8.69 juta selepas menahan sebuah lori dipandu seorang lelaki di tepi jalan Kampung Iban, Merotai dekat sini malam Isnin.

Pegawai Pemerintah Batalion 14 PGA Tawau, Superintendan Mohd Yacob Murad berkata, pihaknya melakukan intipan menerusi Op Kontraban pada jam 10 malam dan mengesan lori dipandu lelaki berusia 37 tahun tersebut dalam keadaan mencurigakan dengan bahagian belakang lori ditutup kanvas.

"Pemeriksaan ke atas lori menemukan 604 kotak besar berisi pelbagai jenama rokok seludup dianggarkan bernilai RM8,690,888 yang dipercayai dibawa masuk dari negara jiran untuk pasaran di negeri ini," katanya dalam kenyataan.

Mohd Yacob berkata, pihaknya menahan pemandu lori dan merampas kenderaan itu serta sebuah telefon bimbit.

Katanya, lelaki itu dan barang rampasan dibawa ke Balai Polis Tawau untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 135 (1)(d) Akta Kastam 1967. - Bernama

Artikel Berkaitan: