Polis Kelantan terima lima alat telekomunikasi TMR

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (kiri) melihat peralatan perhubungan telekomunikasi Transportable Mobile Radio (TMR) di dalam beg yang digalas oleh anggota polis.
Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat (kiri) melihat peralatan perhubungan telekomunikasi Transportable Mobile Radio (TMR) di dalam beg yang digalas oleh anggota polis.
A
A
A

TUMPAT - Polis Kelantan menerima lima unit peralatan perhubungan telekomunikasi Transportable Mobile Radio (TMR) bernilai RM140,000 bagi kegunaan dalam penugasan kepolisian di kontinjen di negeri ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, TMR Model Motorola APX2500 yang disumbangkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman itu akan digunakan bagi operasi mencari dan menyelamat (SAR) sebarang bencana yang berlaku di negeri ini.

Katanya, TMR mampu mengatasi masalah gangguan telekomunikasi semasa cuaca hujan, banjir dan gangguan isyarat di kawasan pedalaman serta berhampiran sempadan negara.

“Bagi penerimaan lima unit TMR ini terlebih dulu akan difokuskan kepada operasi menyelamat di kawasan pedalaman dan lokasi-lokasi yang sukar untuk berhubung dengan talian komunikasi.

“TMR berfungsi lebih cekap dalam menghantar dan menyalurkan maklumat berbanding penggunaan walkie talkie dalam penugasan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas Latihan TMR di Kompleks Kastam, Imigresen, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di Pengkalan Kubor, di sini, pada Selasa.

Menurut beliau, sejumlah 15 anggota dan pegawai yang menyertai latihan bagi persediaan kegunaan dan kemahiran mengendalikan TMR.

“Peralatan ditempatkan di IPK dan akan diagihkan mengikut kesesuaian dan keperluan di mana-mana daerah yang memerlukan seperti Gua Musang dan Jeli.

“TMR berupaya meningkatkan lagi kecekapan polis dalam usaha menyelamat mangsa-mangsa bencana terutama ketika musim tengkujuh ketika ini,” katanya.

Artikel Berkaitan: