Mane pacu kemenangan Senegal

Mane meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu senegal menewaskan Zimbabwe 1-0.
Mane meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan ketika membantu senegal menewaskan Zimbabwe 1-0.
A
A
A

JARINGAN tunggal, Sadio Mane pada penghujung permainan memastikan Senegal memulakan kempen Piala Negara-negara Afrika kali ini dengan langkah kanan apabila berjaya meraih kemenangan 1-0 ke atas Zimbabwe.

Skuad kendalian Aliou Cisse itu turun pada perlawanan tersebut tanpa enam tonggak utama ekoran penularan Covid-19, yang memberikan kesan kepada pemain seperti Edouard Mendy dan Kalidou Koulibaly.

Pada perlawanan tersebut, Senegal gagal menyempurnakan beberapa peluang yang terhidang sekali gus menyaksikan separuh masa pertama kekal tanpa jaringan.

Ketika Zimbabwe dilihat hampir berjaya mendapatkan satu mata penting dari perlawanan itu, pasukan Teranga Lions dihadiahkan sepakan penalti pada masa kecederaan yang disempurnakan Mane.

Bukan sesuatu perkara yang mudah untuk beraksi dalam keadaan cuaca yang terlampau panas selain tidak berpeluang bermain mana-mana aksi pemanas badan sekali gus memberi kesan kepada kami.

"Kami agak lewat menjaringkan gol tetapi apa yang paling penting adalah memastikan dapat memungut mata maksimum dan kami berjaya melakukannya.

"Kini kami perlu cuba beraksi lebih baik menentang Guinea," kata Mane.

Senegal akan bertemu menentang Guinea pada Jumaat untuk aksi kedua kumpulan B Piala Negara-negara Afrika.

Artikel Berkaitan: