FAM tak 'kacau' badan siasatan bebas

Mohd Saifuddin Abu Bakar
Mohd Saifuddin Abu Bakar
A
A
A

PERSATUAN Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak akan sama sekali terlibat dengan Badan Siasatan Bebas Pasukan Harimau Malaya yang diketuai Datuk Dell Akbar Khan.

Setiausaha Agung FAM, Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata, segala perbincangan mahupun keputusan hanya akan dibuat badan siasatan bebas berkenaan tanpa campur tangan mana-mana pihak.

“Terpulang kepada mereka (badan siasatan bebas) untuk tentukan berapa hari untuk adakan mesyuarat dan membuat rumusan. Kita tidak akan involve (terlibat) sebab mereka badan bebas.

“Kita juga merancang untuk adakan sidang media yang dihadiri Datuk Dell sendiri untuk terangkan finding (penemuan) beliau. Sebab apa yang kita nak adalah ketelusan,” katanya kepada pemberita pada Isnin.

Pada Jumaat, Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan badan siasatan bebas tersebut dianggotai individu daripada luar badan induk bola sepak negara itu.

Dell Akbar yang juga bekas Setiausaha Agung FAM diberi kepercayaan mengetuai badan siasatan bebas itu untuk melakukan bedah siasat laporan prestasi skuad Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 di Singapura bulan lalu.

Hasil bedah siasat itu kemudiannya akan dibentangkan oleh Dell Akbar bersama langkah-langkah penambahbaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Pasukan Kebangsaan FAM untuk dibincangkan.

Terdahulu, Dell Akbar yang juga bekas pemain kebangsaan dan Setiausaha Agung FAM memberi jaminan bedah siasat mengenai kegagalan Harimau Malaya pada Piala Suzuki AFF 2020 akan dilakukan secara adil dan telus.

Artikel Berkaitan: