Tembakan rambang di masjid satu penghinaan terhadap Islam

Polis berkawal di sekitar tempat kejadian. - Foto Stuff
A
A

SHAH ALAM - Kejadian tembakan rambang di dua buah masjid di Christchurch, New Zealand satu bentuk kebiadaban dan penghinaan terhadap Islam.

Setiausaha Amanah, Mohd Anuar Mohd Tahir berkata, ini kerana perbuatan tersebut berlaku di rumah ibadah yang tidak boleh diceroboh.

"Kami menggesa kerajaan New Zealand dan pihak berkuasa bertindak segera serta mengenakan tindakan lebih keras terhadap pesalah.

ARTIKEL BERKAITAN: 40 maut kes tembak serangan jemaah masjid New Zealand

"Kami juga menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan sikap dengan mengeluarkan kenyataan mengutuk tindakan biadab itu yang dianggap detik hitam dalam sejarah New Zealand," katanya dalam satu kenyataan.

Dua insiden tembakan berlaku di dua masjid di Christchurch mengakibatkan sejumlah besar mangsa terbunuh.

Polis belum mengeluarkan kenyataan berhubung skala insiden itu namun menasihatkan orang ramai supaya tidak keluar rumah.

Seorang saksi berkata, dia melihat seorang lelaki memasuki Masjid Al Noor di tengah Christchurch kira-kira pukul 1.45 tengah hari waktu tempatan dan mendengar puluhan das tembakan dilepaskan selepas itu.

Insiden tersebut turut menyebabkan seorang rakyat Malaysia dikatakan parah.

Sumber Wisma Putra juga mengesahkan keadaan mangsa kini stabil dan wakil Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Zealand sudah menghubungi keluarganya untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Mengulas lanjut, Mohd Anuar turut mengutuk tindakan melampau suspek membuat siaran langsung tembakan rambang yang meragut puluhan nyawa.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia