X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 25 Jun 2022

Rasuah Busters nafi mula petisyen desak Azam letak jawatan

Tangkap layar petisyen sokongan rakyat Malaysia supaya Azam Baki perlu letak jawatan atau direhatkan serta merta
A
A

SHAH ALAM - Sekretariat Rasuah Busters menafikan telah memulakan petisyen yang disebarkan berkenaan sokongan rakyat Malaysia bagi mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Tan Sri Azam Baki perlu meletakkan jawatan atau direhatkan serta merta.

Ketua Sekretariatnya, Nurhayati Nordin berkata, petisyen tersebut juga telah ditokok tambah dengan bahasa yg tidak melambangkan etika pasukan Rasuah Busters.

Tambah beliau, walaupun petisyen tersebut bukan secara rasmi dikeluarkan oleh pihak mereka namun ia adalah inisiatif peribadi pihak tertentu dan menjadi manifestasi suara rakyat yang amat terkesan terhadap kelemahan integriti pihak SPRM.

“Petisyen ini menggambarkan bahawa ia harus dipulihkan segera,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Dalam pada itu, Nurhayati berkata, Rasuah Busters juga percaya bahawa harapan dan keprihatinan rakyat Malaysia agar kredibiliti SPRM dipulihkan tentunya lebih tinggi dan tidak dapat sekadar digambarkan dengan jumlah petisyen yang bakal diperolehi.

“Kami juga berpendapat bahawa tindakan ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa pihak berwajib perlu menjalankan tanggungjawab melakukan siasatan segera agar keadilan tidak dilengahkan kepada semua pihak yang terlibat.

“Selain itu, rakyat sebagai #RasuahBusters harus dalam masa yang sama turut mendukung etika #RasuahBusters antaranya, mengambil pendekatan positif dan tidak bersikap kasar dan bertindak profesional dalam menyelesaikan isu berkaitan rasuah,” ujarnya.

Sehingga jam 7 malam ini (Isnin) petisyen tersebut telah mendapatkan 6,500 tanda tangan 21 jam yang lalu.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!