Polis cari saksi perbicaraan kes dadah

Yeo Hwee Chen
Yeo Hwee Chen
A
A
A

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan seorang wanita dikenali sebagai Yeo Hwee Chen atau Vernice untuk menjadi saksi perbicaraan berkaitan kes dadah di Mahkamah Tinggi Shah Alam Selangor pada minggu ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Majid berkata, wanita itu merupakan saksi perbicaraan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Wanita berusia 43 tahun itu dikehendaki hadir sebagai saksi perbicaraan yang akan berlangsung pada Rabu hingga Jumaat ini.

"Orang ramai yang mengenali wanita itu diminta memaklumkan kepadanya bahawa beliau saksi penting perbicaraan kes itu," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Mohamad Fakhrudin memaklumkan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan perkara itu boleh menghubungi pegawai penyiasat Asisten Superintendan Sukri Ahmad di talian 012-3327972.

Artikel Berkaitan: