Lelaki ditahan rakam gambar seluar dalam wanita

Kamarul Rizal
Kamarul Rizal
A
A
A

BAYAN BARU - Polis menahan seorang lelaki warga tempatan selepas disyaki merakam gambar seluar dalam seorang wanita di sebuah pasar raya di sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, lelaki berusia lingkungan 20-an itu ditahan selepas dipercayai merakam gambar tersebut dengan menggunakan telefon bimbitnya.

"Suspek ditahan oleh orang awam lalu diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Suspek kini direman dua hari bermula hari ini (Isnin) untuk membantu siasatan," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau.

"Kami merampas dua telefon bimbit jenama iPhone; sebuah 'powerbank', sebuah 'earbud' dan sebuah beg kain berwarna hitam," katanya.

Kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Artikel Berkaitan: