209 individu terima pingat kebesaran

Seramai 209 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-74.
Seramai 209 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-74.
A
A
A

SHAH ALAM - Seramai 209 individu menerima pingat kebesaran sempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj ke-74.

Pingat Pekerti Terpilih (PPT), Pingat Perkhidmatan Cemerlang (PPC), Pingat Jasa Kebaktian (PJK) dan Pingat Perkhidmatan Selangor (PPS) dikurniakan kepada penerima dari Petaling dan Klang.

Istiadat pengurniaan pingat disempurnakan Yang Amat Mulia Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj di Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Haris Kasim serta Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) Selangor.

Pada istiadat berkenaan, Kapten Ts Hairul Fadzli Ab Razak, Kapten Muhammad Nazran Abu Bakar dan Koperal Jagjeet Singh Chanan Singh merupakan antara 32 individu yang dikurnia PPT.

Seramai 41 penerima dianugerahkan PPC termasuk kepada seorang pegawai polis, Sub Inspektor Rajinder Singh Kartar Singh, sementara 97 dikurnia PJK dan 39 lagi individu dikurnia PPS.

Pengurniaan pingat kebesaran sebelum ini tertangguh susulan penularan Covid-19 bertujuan menghargai jasa dan sumbangan bakti yang dicurahkan kepada masyarakat dan negeri.

Artikel Berkaitan: