Pendaki nyaris maut tali terputus

Anggota bomba membantu mengeluarkan lelaki yang terjatuh di Bukit Pejajat, Telaga Simpul, Kemaman pada pagi Isnin.
Anggota bomba membantu mengeluarkan lelaki yang terjatuh di Bukit Pejajat, Telaga Simpul, Kemaman pada pagi Isnin.
A
A
A

KEMAMAN – Seorang lelaki nyaris maut apabila terjatuh dari ketinggian enam meter ketika melakukan aktiviti mendaki di Bukit Pejajat, Telaga Simpul di sini, pagi Isnin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi itu, Sabri Ali, 60, cedera pada pinggang dan kepala selepas tali digunakan untuk menuruni bukit yang berbatu berkenaan tiba-tiba terputus.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Zailani Abdullah berkata, mangsa bernasib baik kerana kejadian itu disedari pendaki lain yang bertindak menghubungi pasukan keselamatan.

“Selepas mendapat panggilan kecemasan, seramai 17 pegawai dan anggota bomba dan penyelamat dari Balai Kemaman dan Chukai bergerak ke lokasi kejadian bagi membantu mengeluarkan mangsa.

“Operasi menyelamat mangsa mengambil masa kira-kira satu jam kerana agak sukar berikutan keadaan bukit yang berbatu dan curam.

"Mangsa yang dibawa keluar menggunakan bot penyelamat kemudian dibawa ke Hospital Kemaman untuk rawatan lanjut dengan menaiki ambulans," katanya pada Isnin.

Artikel Berkaitan: