Kos bahan binaan bangunan Malaysia meningkat

Kenaikan harga bagi kebanyakan bahan binaan seperti keluli pada tahun 2021 tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kos bahan mentah. Gambar hiasan 123rf.
Kenaikan harga bagi kebanyakan bahan binaan seperti keluli pada tahun 2021 tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kos bahan mentah. Gambar hiasan 123rf.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Indeks Kos Bahan Binaan Bangunan (IKB) (tanpa bar keluli & termasuk bar keluli) bagi semua kategori bangunan menunjukkan peningkatan antara 0.3 dan 3.1 peratus bagi Semenanjung Malaysia pada 2021, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.

Trend yang sama dapat dilihat bagi Sabah dan Sarawak yang masing-masing meningkat antara 0.1 dan 3.1 peratus, dan 0.4 dan 2.4 peratus.

Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin berkata, kenaikan harga bagi kebanyakan bahan binaan seperti keluli pada tahun 2021 tidak dapat dielakkan berikutan kenaikan kos bahan mentah.

“Kebanyakan kos bahan binaan terutamanya besi mencatatkan kenaikan harga terutama besi. Harga besi merupakan salah satu komponen utama Indeks Kos Bahan Binaan (IKB) yang terus meningkat sejak Januari 2021.

“Kos bahan binaan yang lain seperti simen turut mencatatkan kenaikan harga dan menyumbang kepada kenaikan IKB bagi semua kategori bangunan di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak,” katanya. - Bernama

Artikel Berkaitan: