[VIDEO] Doktor jual sijil vaksin palsu dicekup

Rohaimi (kanan) menunjukkan kad vaksinasi yang dirampas selepas penahanan seorang doktor klinik swasta di Marang pada Sabtu.
Rohaimi (kanan) menunjukkan kad vaksinasi yang dirampas selepas penahanan seorang doktor klinik swasta di Marang pada Sabtu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Kegiatan seorang doktor ‘antivaksin’ mengeluarkan sijil vaksinasi palsu kepada individu yang tidak mahu disuntik vaksin Covid-19 akhirnya terbongkar selepas dia ditahan sepasukan polis pada Sabtu.

Ketua Polis Terengganu, Datuk Rohaimi Md Isa berkata, tangkapan terhadap doktor lelaki berusia 51 tahun sebuah klinik swasta di Marang itu dilakukan selepas menerima maklumat orang awam berhubung aktiviti

“Siasatan awal mendapati, klinik swasta itu mendapat kebenaran memberi suntikan vaksin Covid-19 secara berbayar sejak September lalu dan dalam tempoh empat bulan, seramai 1,900 individu telah mendapat sijil vaksinasi Covid-19 daripada doktor berkenaan.

“Bagaimanapun, tidak semua sijil vaksin itu palsu dan kita sedang menyiasat berapa individu yang benar-benar menerima suntikan dan tidak disuntik,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Terengganu di sini pada Isnin.

Menurut Rohaimi, klinik swasta itu menawarkan perkhidmatan suntikan vaksin berbayar kepada orang ramai dengan bayaran antara RM400 hingga RM600 namun bagi mereka yang tidak mahu disuntik, sijil vaksin tetap dikeluarkan.

Beliau berkata, penjualan sijil vaksin palsu itu dipromosikan dan dijalankan secara dalam talian kepada golongan antivaksin dan beberapa ejen turut diupah dengan bayaran RM50 bagi setiap pelanggan yang membeli sijil berkenaan.

“Kita dapati, ada pelanggan yang datang dari Kedah, Johor dan Kuala Lumpur.

“Doktor yang sudah mengendalikan klinik selama 20 tahun itu juga mengaku sebagai antivaksin namun sudah menerima suntikan kerana terpaksa berikutan profesion beliau sebagai pegawai perubatan.

Artikel Berkaitan:

Jelas Rohaimi, beberapa barangan dan dokumen penting seperti telefon bimbit, komputer riba, kad vaksinasi dan borang kebenaran pengambilan suntikan vaksin turut dirampas bagi membolehkan siasatan dilakukan.

“Doktor itu kini direman selama tiga hari sehingga esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

“Kita turut menahan enam individu lain bagi membantu siasatan namun kesemua mereka sudah dibebaskan,” katanya.