X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 06 Julai 2022

Tiada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina KM tahun ini

Pulau Pinang memutuskan tiada Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri pada tahun ini mengambil kira situasi semasa pandemik Covid-19. - Gambar hiasan
A
A

GEORGETOWN - Kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri tidak diadakan pada tahun ini susulan situasi semasa pandemik Covid-19.

Bahagian Penerangan Kerajaan Pulau Pinang dalam satu kenyataan berkata, keputusan tersebut dibuat selepas mengambil kira aspek keselamatan semua pihak terutama rakyat Pulau Pinang.

"Susulan situasi semasa negara yang masih berdepan dengan pandemik Covid-19 dan belum pulih sepenuhnya, kerajaan negeri Pulau Pinang memutuskan bahawa Majlis Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ketua Menteri pada tahun ini tidak dapat diadakan.

"Selain itu, terdapat keperluan terhadap pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat, tambahan pula dengan pengesanan beberapa kes varian Omicron di Pulau Pinang baru-baru ini," kata kenyataan tersebut pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, semua rakyat Pulau Pinang diminta supaya meneruskan kawalan kendiri dan terus berdisiplin dalam mematuhi SOP ditetapkan demi diri sendiri, keluarga dan komuniti sekeliling.

Pada Disember lalu, terdapat kes positif Covid-19 membabitkan varian Omicron dikesan di Pulau Pinang.

Exco Agroteknologi dan Keselamatan Makanan, Pembangunan Luar Bandar serta Kesihatan negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, kes pertama dikesan pada 16 Disember lalu, manakala kes kedua dikesan sehari kemudian.


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!