Pelakon komedi AS ditemui mati

Gambar fail menunjukkan Bob Saget (tengah) bersama dua pelakon sitkom 'Full House.' - Foto Walt Disney Television/Getty Images
Gambar fail menunjukkan Bob Saget (tengah) bersama dua pelakon sitkom 'Full House.' - Foto Walt Disney Television/Getty Images
A
A
A

LOS ANGELES - Seorang pelakon komedi terkenal Amerika Syarikat (AS), Bob Saget ditemui mati di sebuah bilik hotel di Florida, kata syerif tempatan pada Ahad.

Saget, 65, sebelum ini pernah menggembirakan jutaan penonton sebagai bintang dalam sitkom televisyen 'Full House' pada tahun 1980-an dan 1990-an.

Pada awal Ahad lalu, anggota pihak berkuasa telah dipanggil ke Hotel Ritz-Carlton Orlando, Grande Lakes, Florida selepas seorang lelaki tidak bertindak balas ketika dihubungi di dalam sebuah bilik hotel.

Lelaki itu dikenal pasti sebagai Saget dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Para detektif tidak menemui tanda-tanda jenayah atau dadah, menurut ciapan pejabat Syerif Orange County menerusi Twitter.

Saget berlakon sebagai sebagai Danny Tanner iaitu bapa kepada tiga orang anak perempuan dan usaha-usaha untuk membesarkan mereka dengan dibantu oleh iparnya Jesse dan seorang rakan, Joey dalam sitkom tersebut. - Agensi

Artikel Berkaitan: