JKM cari waris Anuar

JKM mencari waris Anuar Abdullah.
JKM mencari waris Anuar Abdullah.
A
A
A

MELAKA - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka meminta orang ramai yang mengenali waris seorang lelaki yang ditemui berkeliaran sekitar bandaraya ini agar dapat menghubungi jabatan itu bagi urusan penjagaan selanjutnya.

Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Melaka Tengah, Hamzah Abu Hasan berkata, lelaki dalam lingkungan usia 40-an itu diselamatkan dalam satu operasi bersepadu bertujuan membendung penularan kegiatan mengemis dan gelandangan di sekitar daerah Melaka Tengah.

Menurutnya, lelaki berbangsa Melayu itu ditemui ketika sedang tidur di kaki lima Terminal Bas Melaka Sentral dan diselamatkan mengikut Seksyen 3 (2) Akta Orang Papa 1977.

"Hasil akuan lisan, lelaki terbabit memberitahu namanya Anuar Abdullah dan berusia 42 tahun.

"Bagaimanapun sukar untuk mengesahkan identiti sebenar lelaki ini termasuk latar belakang keluarganya kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri.

"Namun, kita dapati lelaki terbabit mempunyai masalah pembelajaran (lembam) dan tidak mampu mengingati tentang kehidupannya ketika ditanya, selain mengaku pernah tinggal di Seremban," katanya.

Lelaki berkenaan kini diletakkan di bawah jagaan JKM dan ditempatkan di Rumah Seri Kenangan Cheng, Melaka.

Orang ramai yang mengenali lelaki terbabit atau warisnya diminta menghubungi talian 014-261 0601.

Artikel Berkaitan: