Sila log masuk terlebih dahulu.

Polis siasat dakwaan berhubung pemberian sumbangan di Segamat

No Image Caption
A
A
A

JOHOR BAHRU - Polis Johor akan menjalankan siasatan berhubung satu kenyataan yang dikeluarkan seorang ahli politik di negeri ini berhubung proses pemberian sumbangan kepada mangsa banjir di Segamat, baru-baru ini.

Dalam kenyataan itu, ahli politik berkenaan mendakwa sukarelawan partinya telah disiasat polis kerana memberikan sumbangan secara terus kepada mangsa-mangsa banjir.

Pemangku Ketua Polis Johor, Datuk Khaw Kok Chin berkata, satu laporan polis telah diterima berhubung kenyataan yang dikeluarkan ahli Parlimen berkenaan.

“Polis ada menerima laporan berhubung kenyataan dikeluarkan ahli politik ini. Jadi satu siasatan akan dibuat di bawah Seksyen 188 Kanun Keseksaan atas kesalahan mengingkari suatu perintah yang diisytiharkan penjawat awam.

“Sekiranya disabitkan kesalahan, pesalah itu boleh dikenakan hukuman penjara boleh sampai enam bulan atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Sebelum ini, media melaporkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mendakwa enam sukarelawan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) disiasat polis kerana menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di Segamat.

Syed Saddiq yang juga Presiden Muda turut mendakwa perkara itu juga kerana pihaknya mengambil keputusan untuk menyerahkan bantuan secara terus di rumah dan pusat pemindahan sementara (PPS) di Segamat dan tidak meletakkannya di tempat dibenarkan.

Dalam pada itu, Khaw Chin berkata, polis tidak pernah beranggapan bahawa mana-mana sukarelawan sama ada daripada kerajaan atau badan bukan kerajaan (NGO) yang mahu menyampaikan bantuan menjadi satu kesalahan.

Artikel Berkaitan:

“Berkenaan kes ini, kerajaan negeri melalui pejabat daerah telah mengeluarkan tatacara dan prosedur operasi standard (SOP) bagi tujuan penyelarasan dan keselamatan semua pihak.

“Justeru, polis akan melakukan siasatan secara adil dan saksama untuk mengetahui sama ada terdapat sebarang pelanggaran undang-undang yang dibuat,” katanya.