MEC 2021/22 tarik lebih 1.6 juta tontonan

Sebahagian peserta yang menyertai Kejuaraan E-Sports Malaysia 2021/22 di KL Gateway pada Ahad.
Sebahagian peserta yang menyertai Kejuaraan E-Sports Malaysia 2021/22 di KL Gateway pada Ahad.
A
A
A

KEJUARAAN E-Sukan Malaysia (MEC) 2021/22 mendapat sambutan menggalakkan apabila jumlah tontonan dan penyertaan melepasi angka edisi lepas.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Esports Intergrated (ESI), Ahmed Faris Amir, tontonan di platform Facebook @esportsintegrated sudah melebihi 1.6 juta tontonan yang dicatatkan pada musim 2020/21, sebelum berakhirnya pertandingan bagi final permainan terakhir pada Ahad.

Beliau berkata, kejohanan itu juga berjaya menarik lebih 10,000 peserta bagi musim ini dalam merebut hadiah berjumlah RM100,000 yang ditawarkan menerusi empat permainan dipertandingkan - FIFA 22, DOTA 2, Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) dan PlayerUnknown's Battlegrounds (PUBG) Mobile.

“Kebanyakannya bukan penyertaan baharu kerana sudah berada dalam sistem www.esukan.gg, iaitu platform sukan elektronik yang dikendalikan ESI dan KBS (Kementerian Belia dan Sukan).

“Bagi musim ketiga (2022/23), kami berharap untuk mendapatkan lebih banyak tajaan bagi meningkatkan hadiah wang kemenangan dan anjur kejohanan pada skala lebih besar,” katanya kepada pemberita ketika majlis penyampaian hadiah di sebuah kompleks beli-belah di sini, pada Ahad.

Beliau turut mengesahkan dua pasukan terbaik kategori MLBB, berjaya meraih tiket ke MLBB Professional League (MPL) sebagai lapan pasukan teratas bagi pusingan kelayakan Kejohanan Asia Tenggara dan Dunia.

Beliau menjelaskan berikutan juara, Homebois dan pasukan di tempat ketiga RSG telah layak ke kelayakan tersebut sebelum ini, slot itu menjadi milik naib juara Caracal dan pasukan di tempat keempat Mikey.

Juara dan naib juara PUBG Mobile pula, D3V Silence dan Farang Guerilla, berjaya menempah slot ke PUBG Mobile Pro League.

Artikel Berkaitan:

PEMENANG

FIFA 22:

1. Muhammad Faiz Hariry Mohamad Fodzai

2. Muhammad Faid Mohd Said

3. Mohamad Zahin Thaqif

Dota 2:

1. Pasukan Atlantis (Ahmad Ahyad Husam, Denise Danial, Pang Sze Xuan, Chung Wei Shen)

2. Cat God (Chucky Chan Kok Khin, Gan Hou Sing, Chua Jian Shen, Soh Aik Yang, Einstein Yap Ming Yu)

3. Sitiawan (Wen Xian, See Earn Soon, Ding Boon Kang, Dywon, Hoong Jhen Wei, Kingsley Kim)

MLBB:

1. Homebois (Muhammad Nazhan Mohd Nor, Muhammad Haniff Abdul Rashid, Muhammad Irfan Aujang, Muhammad Saiful Aujang, Muhammad Nazreen Nasir, Amier Fitri Muhammad Affendy)

2. Caracal (Muhammad Aiman Mohamad Abas, Mohd Norhadim Yusup, Muhammad Azam Ahmad, Ealtond Rayner, Zaraki Jamil Nurolla)

3. (RSG) Muhammad Khuzaimi Ismail, Fareez Edraki Azhair, Ahmad Zaki Ibrahim, Mohammad Irwandy Lim, Muhammad Izz Daniel Zaidi).

PUBG Mobile:

1. D3V Silence (Mohamad Insaf Tamsil Suhardi, Muhammad Hafiz Samsul, Akhmansyah Salman, Aiman Hakeem Khairulnizam)

2. Farang Guerilla (Mohammad Helmi Eizlan Mohammad Ehsan, Nur Muhammad Safiuddin Abdul Jabar, Adib Syazwan Abd Razak, Adam Naqib, Muhammad Danish Ismel Muhammad Ghanisma)

3. Dingoz Glazer (Muhammad Zulqarnain Mohd Azmi, Ahmad Rusyduddin Abd Gani, Aliff Putra Ahmad Shar, Naufal Amer Hamzah, Aqil Hamizi Mohd Sabri). - Bernama