Zuraida kecam insiden tembakan di masjid di New Zealand

Lokasi di mana insiden tembakan berlaku. - Foto NZ Herald
Lokasi di mana insiden tembakan berlaku. - Foto NZ Herald
A
A
A

PUTRAJAYA - Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mengecam kejadian tembakan dua buah masjid di Christchurch, New Zealand, yang dilaporkan berlaku awal pagi tadi.

Zuraida turut berharap pihak yang bertanggungjawab dalam insiden tembakan itu segera dibawa ke muka pengadilan.

“Saya berasa amat sedih dan terkilan dengan kejadian tembakan yang berlaku di dua buah masjid di New Zealand.

ARTIKEL BERKAITAN: Tembakan di masjid Christchurch: Seorang rakyat Malaysia cedera

“Salam takziah kepada keluarga mangsa yang telah terkorban. Semoga keadaan akan kembali aman di New Zealand,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, polis New Zealand telah mengesahkan beberapa kematian dalam insiden tembakan di dua buah masjid di bandar Christchurch.

Seorang rakyat Malaysia juga dilaporkan cedera dalam insiden tembakan yang dipercayai berlaku pada jam 1.40 tengah hari (8.40 pagi waktu Malaysia).

Menurut akaun Twitter rasmi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, mangsa kini menerima rawatan di sebuah hospital.

Artikel Berkaitan: