Harap JPN lulus lembaga pengelola sementara SK Assumption

Pasukan petugas bersama Save Assumption School berharap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Butterworth dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.
Pasukan petugas bersama Save Assumption School berharap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Butterworth dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.
A
A
A

GEORGETOWN - Pasukan petugas bersama Save Assumption School berharap Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Pulau Pinang segera meluluskan pendaftaran lembaga pengelola sementara untuk Sekolah Kebangsaan (SK) Assumption di Butterworth dalam usaha menyelamatkan sekolah berkenaan.

Jurucakap Pasukan Petugas Bersama Vernon Fernandez berkata lembaga pengelola sementara yang terdiri daripada wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Persatuan Alumni Assumption Butterworth dan pemilik tanah, telah dibentuk tahun lepas sebagai platform untuk menyelesaikan isu sekolah dan premis itu.

Menurut Fernandez, pasukan petugas berkenaan juga dibentuk serta-merta susulan mesyuarat yang diadakan bersama pegawai Kementerian Pendidikan pada Sabtu, memaklumkan penutupan sekolah itu berkuat kuasa 28 Februari selepas 89 tahun beroperasi.

“Pasukan petugas bersama Save Assumption School komited untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan pelajar tetap menjadi keutamaan dan mencari penyelesaian yang membolehkan mereka menamatkan sekolah rendah tanpa sebarang gangguan atau pengalaman negatif,” katanya.

Pada Sabtu, pada mesyuarat bersama pegawai dari JPN Pulau Pinang, Fernandez berkata, para hadirin dimaklumkan bahawa lesen sekolah akan dibatalkan selepas penutupan kerana pemilik tanah persendirian (Sri Avenue Sdn Bhd) telah meminta tanah dan bangunan dikembalikan ‘secepat mungkin’.- Bernama

Artikel Berkaitan: