Covid-19: 2,888 kes baharu, 11 kematian direkodkan

Pegawai perubatan mengusung pesakit untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. - Foto fail Bernama
Pegawai perubatan mengusung pesakit untuk dibawa ke hospital bagi menerima rawatan. - Foto fail Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Malaysia mencatatkan 2,888 kes baharu Covid-19 dalam tempoh 24 jam pada Ahad, sedikit menurun berbanding Sabtu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif di negara ini ialah sebanyak 2,786,219.

Sementara itu, data CovidNow pada Ahad merekodkan pertambahan 11 lagi kes kematian dengan angka kumulatif ialah sebanyak 31,655 kematian.

Menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu enam kes, manakala Kelantan, Perlis, Sabah, Sarawak dan Terengganu masing-masing merekodkan satu kematian.

Dalam pada itu, seramai 22,879,927 individu atau 97.7 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, sementara 98.9 peratus atau 23,165,398 individu daripada golongan itu telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin setakat 11.59 malam Sabtu.

Sebanyak 2,765,273 individu atau 87.9 peratus remaja berusia 12 hingga 17 tahun pula telah melengkapkan vaksinasi, manakala 2,855,876 individu atau 90.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Statistik harian menunjukkan 124,994 dos vaksin telah diberikan pada Sabtu melibatkan 1,241 dos pertama, selain 1,086 dos lengkap dan 122,667 dos penggalak.

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) meningkat kepada 59,161,467 dos dengan 7,696,037 daripadanya adalah dos penggalak.

Artikel Berkaitan: