Banjir: Operasi pembersihan di Selangor selesai sepenuhnya

Petugas Alam Flora membersihkan kawasan longkang bagi mengelak saliran tersumbat di Taman Sri Serdang, Hulu Langat
Petugas Alam Flora membersihkan kawasan longkang bagi mengelak saliran tersumbat di Taman Sri Serdang, Hulu Langat
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Operasi pembersihan di kesemua lapan pentadbiran pihak berkuasa tempatan (PBT) di Selangor kini selesai sepenuhnya, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Bagaimanapun operasi pasca banjir akan tetap diteruskan sehingga 16 Januari depan.

"Operasi pembersihan telah selesai bagi kesemua lapan kawasan di bawah pentadbiran PBT berkenaan.

Amirudin Shari
Amirudin Shari

"Terima kasih dan sekalung penghargaan buat semua petugas agensi kerajaan negeri dan Persekutuan, PBT, KDEB Waste Management, sukarelawan, pihak badan bukan kerajaan (NGO) dan orang awam," katanya di laman Facebooknya pada Sabtu malam.

Sementara itu, dalam hantaran berasingan di laman sosial itu, Amirudin turut memaklumkan, hampir 80,000 tan sampah telah dikutip dan dibersihkan.

Fasa seterusnya akan dilaksanakan bagi membersihkan saki baki sampah serta pembersihan longkang dan kawasan sekitar.

Artikel Berkaitan: