Asal usul Masjid Abidin di Terengganu

Masjid Abidin terletak di Kuala Terengganu. -FOTO: WIKIPEDIA
Masjid Abidin terletak di Kuala Terengganu. -FOTO: WIKIPEDIA
A
A
A

ANTARA masjid yang tertua di Terengganu adalah Masjid Abidin.

Masjid ini juga dikenali sebagai Masjid Besar atau Masjid Puteh sebelum ini.

Menariknya, bangunan masjid itu pada asalnya merupakan istana kayu yang didirikan oleh Almarhum Sultan Zainal Abidin II antara tahun 1793-1808.

Bagaimanapun, pada tahun 1852, ketika pemerintahan Almarhum Sultan Umar, masjid ini diubahsuai dengan pemasangan batu.

Sejak dibangunkan, rumah ALLAH ini melalui beberapa proses pengubahsuaian bagi menampung jemaah yang semakin ramai.

Kali pertama dilakukan pada tahun 1901 ketika pemerintahan Sultan Zainal Abidin III dan sekali lagi pada tahun 1972 di bawah pemerintahan Al-Sultan Ismail Nasiruddin Shah.

Pada masa itu, sebuah menara yang tinggi dan beberapa buah kubah telah dibina di atas sutoh bangunan Masjid Abidin.

Istimewanya masjid ini adalah kerana terdapatnya seni ukiran khat al-Quran, doa-doa dan awan larat yang dipasang di atas pintu dan sisi masjid.

Artikel Berkaitan:

Bukan itu sahaja, mimbar masjid itu juga berukiran unik.

(Sumber: Portal Rasmi Arkib Negara Malaysia & Laman Web Masjid Abidin)