Lewandowski, Messi, Salah finalis pemain terbaik dunia

Lewandowski, Messi, Salah
Lewandowski, Messi, Salah
A
A
A

ROBERT Lewandowski, Lionel Messi dan Mohamed Salah diletakkan sebagai tiga finalis anugerah Pemain Terbaik Lelaki Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Pada tahun lalu, Lewandowski memenangi anugerah itu selepas mengalahkan Messi dan Cristiano Ronaldo yang kali ini gagal menempatkan diri dalam senarai finalis.

Ini merupakan kali kedua Ronaldo yang juga pemenang lima lima kali gagal 'menembusi' senarai akhir sejak pertama kali dia dicalonkan bagi anugerah itu pada 2007.

Nama bintang Manchester United itu yang telah memenangi anugerah Ballon d'Or sebanyak lima kali turut terlepas dalam senarai finalis pada 2010 yang menyaksikan Messi dijulang pemain terbaik dunia.

Selain Ronaldo, agak mengejutkan juga apabila barisan pemain Itali yang menjuarai Euro 2020 mahupun Chelsea yang merangkul trofi Liga Juara-Juara musim lalu tiada dalam senarai pendek.

Anugerah kali ini dianggap peluang terbaik buat Lewandowski menebus kekecewaannya berada di tempat kedua bagi gelaran Ballon d'Or 2021 di belakang Messi yang memenangi anugerah berprestij itu kali ketujuh.

Penyerang sensasi Bayern Munich itu dua kali memecahkan rekod Bundesliga milik legenda Jerman, Gerd Miller apabila menyumbat 41 gol pada musim 2020/2021 dan merekodkan 43 gol sepanjang tahun 2021.

Selepas tamat proses undian pada 10 Disember lalu, majlis anugerah itu akan berlangsung secara maya dari ibu pejabat FIFA di Zurich pada 17 Januari ini.

Artikel Berkaitan: