Aktor kulit hitam pertama menang Oscar meninggal dunia

Sidney Poitier
Sidney Poitier
A
A
A

LOS ANGELES - Legenda Hollywood, Sidney Poitier meninggal dunia pada usia 94 tahun.

Pemergian beliau diumumkan Timbalan Perdana Menteri Bahamas, Chester Cooper pada Jumaat yang menggelar Poitier sebagai hero, mentor, pejuang dan khazanah negara.

“Kami amat sedih atas kehilangan beliau. Kami akan sentiasa merinduinya dan legasinya tidak akan pernah dilupakan,” ujar Cooper menerusi akaun Facebook.

Pelakon terkenal itu pernah dicalonkan untuk Anugerah Academy pada 1958 menerusi penampilan beliau dalam The Defiant Ones dan enam tahun kemudian Poitier mencipta sejarah apabila menjadi aktor kulit hitam pertama memenangi Anugerah Oscar untuk kategori Pelakon Terbaik dalam filem Lilies of the Field.

Populariti beliau dilaporkan memuncak ketika ketegangan kaum melanda Amerika pada 1950-an dan 1960-an.

Pada 2002, Poitier pernah menerima anugerah kehormat di Anugerah Oscar atas penampilan luar biasa beliau di layar perak dan kerana gaya serta kepintarannya. - AFP

Artikel Berkaitan: