Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) ketika melawat Kampung Puom, Jelebu dalam kejadian banjir pada Disember tahun lepas. - Foto media MBNS (Gambar kecil: Mohd Syukri)
Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (dua dari kiri) ketika melawat Kampung Puom, Jelebu dalam kejadian banjir pada Disember tahun lepas. - Foto media MBNS (Gambar kecil: Mohd Syukri)
A
A
A

SEREMBAN- Banjir di Negeri Sembilan pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) yang terakhir di Dewan Orang Ramai Kampung Puom, Jelebu ditutup pada Jumaat.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Sembilan, Leftenan Kolonel (PA), Mohd Syukri Madnor berkata, setakat Jumaat, PPS itu menempatkan enam individu daripada dua keluarga iaitu merupakan mangsa yang kehilangan rumah akibat banjir yang melanda 18 Disember lepas.

"Kesemua PPS di negeri ini telah ditutup sepenuhnya yang mana sebanyak 44 PPS telah dibuka sejak 18 Disember lepas membabitkan tujuh daerah di negeri ini iaitu Jempol, Jelebu, Port Dickson, Kuala Pilah, Rembau, Seremban dan Tampin.

"Ia menjadikan kumulatif kes mangsa banjir seramai 3,627 daripada 957 keluarga di seluruh negeri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Katanya, daripada jumlah tersebut daerah Tampin iaitu di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Kelamah menempatkan mangsa banjir tertinggi iaitu seramai 872 orang daripada 232 keluarga.

"Ia diikuti daerah Jempol dengan 478 mangsa daripada 112 keluarga di sembilan PPS dan Jelebu mencatatkan seramai 338 mangsa daripada 94 keluarga di lima PPS," katanya.

Artikel Berkaitan: