JKNJ nafi tular kematian ekoran pencemaran di Pasir Gudang

Pemilik akaun Facebook yang tular mendakwa berlaku kematian ekoran pencemaran di Pasir Gudang.
Pemilik akaun Facebook yang tular mendakwa berlaku kematian ekoran pencemaran di Pasir Gudang.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) menafikan terdapat kematian rentetan kejadian pembuangan sisa toksik di Pasir Gudang seperti mana yang tular di laman sosial.

Pengarah Kesihatan Negeri Johor, Dr Selahuddeen Abd Aziz berkata, kenyataan yang kini tular di media sosial dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Facebook yang menggunakan nama Sazali Samsudin, semalam.

"JKNJ ingin menegaskan bahawa sehingga kini, tiada sebarang kematian rentetan dari kejadian pembuangan sisa toksik di daerah Johor Bahru.

"Jabatan Kesihatan Negeri Johor ingin menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada mempercayai maklumat palsu yang boleh menimbulkan kerisauan pelbagai pihak," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihaknya menyeru agar masyarakat lebih peka dan hanya mendapatkan maklumat sahih dari pihak berwajib.

Jelasnya, maklumat terkini dari semasa ke semasa berkaitan keadaan dan situasi akan disiarkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Artikel Berkaitan: