3,251 kes baharu Covid-19 hari ini

Kes harian jangkitan Covid-19 merekodkan penurunan apabila 3,251 kes dilaporkan pada Sabtu berbanding 3,381 pada Jumaat.
Kes harian jangkitan Covid-19 merekodkan penurunan apabila 3,251 kes dilaporkan pada Sabtu berbanding 3,381 pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Kes harian jangkitan Covid-19 merekodkan penurunan apabila 3,251 kes dilaporkan pada Sabtu berbanding 3,381 pada Jumaat.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan kumulatif kes sebanyak 2,783,331 kes.

Menurutnya, jumlah kes harian juga terdiri daripada 58 kes kategori tiga hingga lima manakala 3,193 lagi adalah kategori satu dan dua.

"Seramai 243 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dan 113 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.

Beliau berkata, sebanyak 3,161 kes sembuh turut dilaporkan menjadikan jumlah kumulatif adalah 2,711,900 kes.

"Ia bersamaan 97.4 peratus daripada keseluruhan kes," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, dua kluster baharu dikenalpasti KKM dan menjadikan keseluruhannya adalah 6,158 kluster.

Bagaimanapun, 5,982 daripadanya telah diisytiharkan tamat dan 176 kluster masih aktif.

Artikel Berkaitan:

Pada perkembangan sama, kadar kebolehjangkitan (Rt) kekal 0.96, namun Labuan dan Sabah masing-masing merekodkan nilai 1.15 dan 1.06.

“Selain itu, Putrajaya turut merekodkan nilai 1.01 diikuti Negeri Sembilan dan Melaka masing-masing satu.

“Nilai Rt negeri-negeri lain berada antara 0.86 (Sarawak) dan 0.99 (Kelantan),” katanya.