Moyes mahu West Ham menang Piala FA

Moyes - Foto skysport
Moyes - Foto skysport
A
A
A

PENGENDALI West Ham, David Moyes tanpa berselindung menegaskan bahawa dia mahu memastikan The Hammers memenangi Piala FA musim ini.

Justeru menurut Moyes, bagi mencapai hasrat berkenaan, dia mahu memastikan The Hammers melakukan persediaan yang secukupnya dalam usaha mencatatkan kemenangan pada setiap perlawanan yang diharungi kelak.

“Sekiranya diizinkan, saya memang mahu memenangi Piala FA ini. Saya memang benar-benar mahu memenanginya.

“Malah, saya mahu memastikan West Ham menjadi sebagai sebuah pasukan kuat dalam mana-mana pertandingan.

“Mungkin jua ada yang bergurau dengan bertanya, apakah saya akan cuba memenangi Piala FA tahun ini? Jawapan saya adalah, ya dan setiap tahun, saya memang memberikan sasaran untuk memenanginya tertinggal walau sekali pun,” katanya.

Pemain West Ham bersedia harungi Piala FA - Foto football. London
Pemain West Ham bersedia harungi Piala FA - Foto football. London

Untuk rekod, West Ham bakal berdepan Leeds United bagi aksi pusingan ketiga Piala FA, pada Ahad.

Sementara itu Moyes menegaskan, kejayaan merangkul Piala FA akan membuatkan The Hammers berpeluang beraksi pada saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan:

Justeru katanya, setiap pemain tidak seharusnya melepaskan peluang untuk mencatatkan kejayaan pada perlawanan berkenaan untuk mara lebih jauh dalam saingan Piala FA kali ini.

“Kadang kala kita akan berdepan dengan pasukan yang lebih baik dan sudah pasti kita juga akan turunkan kesebelasan terbaik dan selepas itu kita akan turunkan pemain yang lain pula.

“Tetapi kali ini, walau siapa juga yang diturunkan, mereka perlu memberikan aksi terbaik dalam usaha memastikan kejayaan pasukan,” katanya.