Tangani isu Rohingnya lebih tegas

Tular video wanita Rohingya masuk ke kawasan perumahan dan mengetuk pintu setiap rumah meminta sedekah (kiri) dan kanak-kanak Rohingya meminta sedekah bertindak agresif terhadap pemandu kenderaan di sekitar Cheras.
Tular video wanita Rohingya masuk ke kawasan perumahan dan mengetuk pintu setiap rumah meminta sedekah (kiri) dan kanak-kanak Rohingya meminta sedekah bertindak agresif terhadap pemandu kenderaan di sekitar Cheras.
A
A
A

KISAH etnik Rohingya membuat onar di Malaysia bukanlah perkara baharu dibangkitkan, sebaliknya isu membabitkan pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) itu kerap mengundang resah dalam kalangan rakyat negara ini.

Bukan tidak pernah ditegur, malah berkali-kali amaran tegas dikeluarkan pihak berkuasa kepada warga tersebut agar jangan bersikap keterlaluan dalam tindakan dan perlu menyedari status mereka sebagai pelarian di Malaysia.

Namun, bagaikan mencurah air ke daun keladi, isu membabitkan etnik itu bagaikan tiada titik noktah meskipun kerajaan dan sebahagian besar rakyat negara ini telah menunjukkan simpati yang tinggi terhadap mereka.

Terbaharu, tular video yang menunjukkan tindakan kanak-kanak Rohingya yang didapati meminta sedekah dan bertindak agresif terhadap pemandu kenderaan di sekitar Cheras, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Selain itu, turut tular sebuah video yang menunjukkan wanita warga Rohingya masuk ke kawasan perumahan dan mengetuk pintu setiap rumah untuk meminta sedekah yang dipercayai berlaku di Terengganu.

Situasi ini mungkin dilihat remeh, namun lama kelamaan ia dibimbangi akan menjadi budaya tidak sihat, sekali gus boleh mengancam keselamatan orang ramai.

Tanpa menunggu lama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin segera memberi respons kepada kisah onar membabitkan warga berkenaan susulan kebimbangan yang disuarakan rakyat melalui media sosial berhubung perkara tersebut.

Hamzah dalam sidang akhbar di Hulu Langat pada Jumaat menegaskan, pemegang kad UNHCR itu diingatkan supaya tidak bersikap keras kepala dalam sebarang tindakan dilakukan, selain perlu memahami kedudukan mereka yang berstatus pelarian.

Artikel Berkaitan:

Jelasnya, kerajaan bersimpati dengan keadaan dialami golongan ini, namun sebarang tindak-tanduk yang mendatangkan permasalahan kepada negara akan dikenakan tindakan.

Tambahnya, etnik tersebut juga tidak boleh beranggapan bahawa Malaysia ini negara ‘cemetery’ di atas bantuan dan sifat perikemanusiaan yang ditunjukkan kerajaan Malaysia.

Berbalik kepada kebimbangan yang disuarakan rakyat negara ini terhadap etnik Rohingya, sudah tiba masanya untuk kerajaan bersikap tegas bagi membendung budaya atau tindakan keterlaluan membabitkan pelarian itu.

Jika dihitung, sudah terlalu banyak kebaikan dan simpati yang diberikan kepada golongan berkenaan, namun dalam apa jua perkara ia tetap ada batas dan undang-undang yang perlu dipatuhi.