Isu pemilikan saham: Lalitha sahkan bertemu peguam

Lalitha menerusi ciapan di Twitternya mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguamnya bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepadanya.
Lalitha menerusi ciapan di Twitternya mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguamnya bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepadanya.
A
A
A

SHAH ALAM - Bekas Penyelidik Pusat Memerangi Kronisme dan Korupsi (C4), Lalitha Kunaratnam mengesahkan beliau telah bertemu dengan peguamnya bagi menguruskan surat tuntutan (LOD) yang dihantar Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki kepadanya.

Menerusi ciapan di Twitternya pada Jumaat, Lalitha berkata, mana-mana pihak yang mempunyai sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan peguamnya itu.

“Terima kasih semua atas sokongan dan galakan. Saya telah bertemu dengan peguam saya, Manjeet Singh Dhilon hari ini (Jumaat).

“Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan, boleh berhubung terus dengannya,” kata Lalitha.

Pada Khamis, Lalitha melalui Twitternya juga turut memaklumkan bahawa dirinya telah menerima LOD daripada Azam.

Pada Rabu, Azam dalam sidang akhbar khasnya berkata, beliau akan mengeluarkan saman ke atas mereka yang telah mencemar reputasinya dan SPRM.

Jelasnya, tindakan itu diambil bagi memastikan dakwaan yang tidak berasas itu tidak berulang.

Sebelum ini, Azam didakwa memiliki lebih RM4 juta saham dan waran dalam dua syarikat tersenarai sewaktu menjadi Pengarah Siasatan SPRM antara tahun 2015-2016.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, ia akhirnya terjawab pada Rabu apabila Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR), Tan Sri Abu Zahar Ujang memaklumkan bahawa pemilikan saham yang menjadi pertikaian itu sebenarnya adalah milik adik Azam iaitu Nasir Baki.